Press Statements & Articles

The Malaysia Day Prayer Celebration Declaration 2014

This declaration was read during the Malaysia Day Prayer Celebration attended by Christians on September 16, 2014 (see article The Malaysia Day Prayer Celebration 2014).

 

SAMBUTAN DOA HARI MALAYSIA 2014

Deklarasi oleh Rev Danil Raut

 

Ya TUHAN, Allah yang besar dan dahsyat, kami mengaku sebagai Gereja Malaysia, kami telah berdosa dan bertindak jahat terhadapMu, membelakangkan perintah dan peraturanMu. Kami mengajukan permohonan kami kepadaMu bukan kerana kebenaran kami, tetapi kerana rahmatMu yang besar.

Kami menyatakan pada hari ini bahawa kami, Gereja Malaysia, akan patuh kepada Firman TUHAN, Allah kami dan hidup menurut jalan-jalanMu.

Kami mengisytiharkan ya Tuhan, bahawa Engkau adalah Allah atas bangsa ini, dan kami menyatakan bangsa ini milikMu dan bahawa Engkau adalah Penguasa yang sah atas bumi ini.

Kami mengisytiharkan bahawa Malaysia diberkati, kerana Engkau Ya Allah, adalah Tuhan atas bangsa ini, dan kami adalah orang-orangMu yang terpilih sebagai warisanMu untuk menjadi berkat bagi bangsa ini.

Ya Tuhan, umatMu telah dinafikan haknya untuk memanggil Engkau dengan namaMu, Allah, dan untuk menggunakan FirmanMu, iaitu Alkitab dengan bebas. Ya Tuhan, dengarkanlah; Ya Tuhan, ampunilah. Ya Tuhan, perhatikanlah dan bertindaklah. Janganlah menunda, demi Engkau sendiri, Ya Allah, kerana kotaMu dan umatMu disebut dengan namaMu. MilikMu ya Tuhan Allah kami belas kasihan dan pengampunan.

Tuhan, kami mengisytiharkan bahawa umatMu akan menerima hak penuhnya sebagai rakyat negara ini untuk mempraktikkan iman kami dengan damai.

Tuhan, kami mengisytiharkan bahawa Engkau mempunyai rancangan dalam pembentukan negara ini dan bahawa rancangan itu adalah rancangan yang baik, sebuah rancangan untuk harapan dan masa depan.

Tuhan, kami mengisytiharkan semua rancanganMu yang baik dan benar bagi bangsa ini, akan digenapi untuk kemuliaan namaMu.

Tuhan kami mengisytiharkan bahawa Engkaulah yang telah menentukan dan menyatukan Sabah, Sarawak dan Malaya dan membuatnya menjadi satu bangsa - Malaysia. Bahawa Malaysia dibentuk indah dan ajaib di mataMu.

Tuhan, kami mengisytiharkan bahawa masyarakat Sabah dan Sarawak akan melihat keadilan dan kebenaran, dan akan menerima dariMu berkat dua kali lipat bagi 50 tahun ke hadapan, pulih sepenuhnya dari kerugian akibat ketidakadilan yang dideritai selama 50 tahun yang lalu.

Tuhan, kami mengisytiharkan bahawa Engkau akan membangkitkan bagi Malaysia pemimpin-pemimpin yang hidup benar, yang akan menjadi hambaMu untuk selama-lamanya, dan akan tunduk kepada pemerintahan dan autoritiMu, dan membawa bangsa ini untuk takut akan namaMu.

Kami mengisytiharkan ya Tuhan, bahawa sebagai GerejaMu, kami akan menggenapi Amanat Agung dengan berani menyampaikan firmanMu kepada semua orang, dan memuridkan bangsa ini demi memenuhi panggilannya untuk menjadi bangsa yang benar.

Dan Tuhan, sedang kami mulai menabur untuk 49 tahun ke depan ini, kami mengisytiharkan bahawa ia akan menjadi suatu permulaan musim menabur yang baru dan karya baru di bangsa ini dan GerejaMu. Kami mengisytiharkan bahawa tahun baru ini akan menjadi tahun keberkatan dan kemakmuran bagi bangsa ini, dan bahawa umatMu akan diberkati untuk menjadi berkat.

Tuhan, datanglah KerajaanMu dan jadilah kehendakMu di negara tercinta Malaysia ini seperti di syurga pada tahun-tahun yang akan datang. Engkaulah yang empunya kuasa, kemuliaan dan hormat selama-lamanya, Amin!

 


THE MALAYSIA DAY PRAYER CELEBRATION DECLARATION 2014

by Rev Danil Raut

 

(English translation)

O Lord, the great and awesome God, we confess as the Church of Malaysia, we have sinned and acted wickedly against You, turning aside from your commandments and rules. We do not present our pleas before you because of our righteousness, but because of your great mercy. We declare today that we the Church of Malaysia, will obey the Word of the LORD our God and walk according to Your ways.

We declare O Lord, that You are the God of this nation, and we declare this nation belongs to You and that You are the rightful ruler over this land. We declare that Malaysia is blessed, because You O God, You are Lord of this nation, and we are Your people chosen as your heritage to be a blessing to this nation.

O Lord, Your peoples have been denied the right to call You by Your name, Allah. And to use Your Word, the Alkitab, freely. O Lord, hear; O Lord, forgive. O Lord, pay attention and act. Delay not, for your own sake, O my God, because your city and your people are called by your name. To the Lord our God belong mercy and forgiveness. Lord, we declare that Your peoples will receive their full rights as citizens of this nation to practice of our faith in peace.

Lord, we declare that you have a plan in the formation of this nation and that that plan is a good plan, a plan for a hope and a future. Lord we declare for all of Your good and righteous plan for this nation, that it be fulfilled to the glory of Your Name.

Lord, we declare it was You who determined and brought together Sabah, Sarawak and Malaya and made this into one nation - Malaysia. And that Malaysia is beautifully and wonderfully made in Your sight. Lord, we declare that Sabah and Sarawak will see justice and righteousness for its peoples, and will receive from You a double portion of Your blessings over the next 50 years, a full restoration from losses unjustly suffered over the past 50 years.

Lord, we declare that You will raise righteous leaders for Malaysia who will be Your servants for good, and will subject themselves to Your righteous rule and authority, and lead this nation to fear Your name.

We declare O Lord, that as Your Church, we will fulfill the Great Commission by boldly sharing Your Word to all men, and disciple this nation to fulfill its calling to be a righteous nation. And Lord as we begin sowing into the next 49 years, we declare that it will be a beginning of a new season of sowing and a new work in this nation and the Church. We declare that this new year will be a year of blessing and prosperity for the nation, and that Your people will be blessed and be a blessing.

Lord, may Your Kingdom come and Your will to be done in this beloved nation of Malaysia as it is in heaven in the years to come. Yours be the power, glory and honor forever and ever, AMEN!

 



[ Back ] [ Print Friendly ]