Press Statements & Articles

MCCBCHST - Garis Panduan RISI Selangor

Date: 10th Jun 2026

MCCBCHST:  Garis Panduan RISI Selangor.

1. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat Negeri Selangor 2025.
2. Komen dan Posisi MCCBCHST atas Garis Panduan 2025 (M.S. 51 & 53)

l. Pendahuluan
Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat Negeri Selangor 2025 (GPPPKMS) adalah ikuti Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Lain-Lain Agama (RISI) tahun 2022 dan ini telah di-luluskan oleh Jawatankuasa EXCO Negeri Selangor pada Mesyuaratnya Nombor 34/2025 tarikh 12hb November 2025.

Kami, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism dan Taoism (MCCBCHST) tidak di-konsulti dalam proses penyediaan Garis Panduan 2025 oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi selepas perkara ini di-laporkan dalam media, pihak MCCBCHST telah dipanggil untuk suatu mesyuarat pada 29hb May 2026 dibangunan SSAAS,Shah Alam. Pihak MCCBCHST telah memohon tempoh masa selama 2 minggu untuk memberikan maklumbalas yang mana adalah seperti dibawah.

ll. Komen dan Posisi MCCBCHST atas Garis Panduan Selangor 2025.
Komen dan kedudukan (Position) MCCBCHST atas Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat Negeri Selangor 2025 (GPPPKMS) yang diluluskan oleh Jawatankuasa EXCO Negeri Selangor pada 12hb November 2025 adalah seperti berikut:

(i) MS 51 GPPPKMS
"Kriteria — Tadahan Penduduk — 5,000 penduduk (1,250-unit rumah) - Keluasan tapak (Minima) — 1.50 ekar (0.51 hektar) (Jumlah keiuasan -1.50 ekar (0.51 hektar) untuk semua jenis RISI dan penentuan keluasan tapak mengikut Agama adalah tertakluk kepada panduan Jawatankuasa yang berkaitan (LIMAS).

Komen MCCBCHST:
(a) Kriteria ini bahawa bagi 5,000 penduduk (1,250-unit rumah) keluasan sebanyak 1 .5 ekar akan di-khaskan bagi Rumah Ibadat Selain Islam adalah tidak sesuai dan tidak akan atasi masalah. Apa akan jadi apabila jumlah penduduk adalah kurang daripada 5,000 orang. Di-mana mereka akan sembahyang?

Garis Panduan menyatakan bahawa kriteria untuk 5,000 penduduk dan 1 ,250-unit rumah akan diberi 1.5 ekar.
Ini bererti jika penduduk sesuatu kawasan adalah kurang daripada 5,000 orang dalam satu pembangunan maka mereka tidak akan dapat tempat untuk sembahyang. Jadi keadaan ini tidak lojik dan penduduk ini yang kurang daripada 5,000 perlu juga diberikan tempat untuk Sembahyang.

Sebab ini MCCBCHST minta supaya RISI perlu diberi kebenaran untuk mengunakan lot Komersial dan Perindustrian untuk sembahyang.
Jika kita ambil nisbah 4,500 penduduk maka mereka akan perlu 90 lot kedai (Shoplots) atas nisbah 50 orang bagi suatu lot kedai.

Di-kawasan Subang kini ada lebih kurang 800,000 penduduk dan lebih 50% adalah Bukan Islam. Jika kita ambil 400,000 ribu penduduk (atas kadar 50%) maka mereka akan perlu 8000 lot (Lot Kedai - Shoplots).

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri tidak boleh membuat keputusan untuk tidak membenarkan kegunaan Lot Komersial & Perindustrian tanpa menambil kira kesannya keatas RISI.

- Bagi penduduk sebuah Agama misalnya Kaum Sikh, jika hanya ada lebih kurang 20 keluarga (lebih kurang 100 orang) dalam Kawasan Pembangunan unit rumah mereka tidak akan memenuhi kriteria tetapi bagi Kaum Sikh Rumah Ibadat adalah sangat-sangat perlu di-mana mereka diwajibkan Sembayang sekurang-kurang diwaktu pagi dan petang, biasanya dalam "Gurdwara".

- Bagaimana tapak 1.5 ekar akan di-bahagikan di-antara Agama-Agama Selain Islam? Apakah kriteria yang akan digunapakai dalam proses agihan tapak?

- Di-mana jumlah penduduk sesuatu Agama adalah kurang, adakah mereka akan dibenarkan sewa suatu unit dan mengunakannya sebagai Rumah Ibadat.

Konklusi atas Nombor (i):
Walaupun Perlembagaan memberikan hak "Kebebasan Agama" tertakluk kepada kelulusan dari Jabatan Perancangan Bandar, tetapi ada banyak syarat-syarat Iain yang ada efek kawal RISI, yang mana melanggar peruntukan Perlembagaan.

MCCBCHST mencadangkan bahawa kriteria 5,000 penduduk dan 1,250-unit rumah diubahkan kepada 1 ,500 penduduk dan 375-unit rumah dengan keluasan tapak minima 1.5 ekar (0.51 hektar). Perlu juga RISI diberi kebenaran untuk mengunakan tempat / Lot khas di-Komersial dan Perindustrian untuk RISI.

Bagi kawasan kemajuan yang lebih besar maka keluasan tapak perlu berkali ganda 1.5 ekar mengikut fasa-fasa kemajuan. Sebagai contoh sekiranya kawasan kemajuan adalah adalah 1000 ekar maka keluasan tapak RISI perlu 10 kali ganda iaitu 15 ekar mengikut fasa kemajuan.
Tadahan 1500 penduduk untuk 1 tapak seluas 1.5 ekar adalah merupakan piawaian antarabangsa.

(ii) Prinsip Perancangan [MS 51 GPPKMSI

- "No. 1, 2, 3, 4 dan 5"

Komen MCCBCHST:
Larangan seperti "Akses terus dari jalan utama tidak di-benarkan, tidak di-benarkan ditempatkan dijalan mati, dll." perlu dikaji semula dan pertimbangan diberi atas merit sesuatu kes dan bukan disekat sama-sekati.

- "No. 6,7 dan 8"

"No. 6 Peruntukan:
"Tidak dibenarkan di-tempatkan dalam Kawasan yang di-zonkan sebagai Komersial Perniagaan".

Komen MCCBCHST:
MCCBCHST tidak setuju dengan kesekatan ini. Tapak Komersial Perniagaan dalam Pembangunan memang telah pun dapat kelulusan Jabatan Pembangunan dan Kerajaan Tempatan bagi Pembangunan.Sejak berapa tahun dahulu Rumah Ibadat dalam Kawasan Komersial telah operasi dengan damai dan tidak ada alasan untuk tidak teruskan dengan polisi ini.

Ada suatu hakikat bahawa tidak ada tanah cukup dan munasabah yang di-beri atau dikhaskan bagi RISI. Jadi penyelesaian(solution) adalah untuk membenarkan tapak Komersial dan tapak Perindustrian digunakan oleh RISI seperti sekarang.

Bagi Rakyat Malaysia. Agama adalah penting bagi setiap penganut dan adalah suatu hakikat Kerajaan tidak mampu memberi tanah yang secukupnya kepada RISI maka polisi sekarang untuk membenarkan

RISI di-tempat Komersial dan Perindustrian di-kehendaki di-teruskan. Terdapat juga banyak Surau dan Masjid dalam zon ini dan kami pohon supaya layanan serupa diberi kepada RISI.

"No. 7 - Penukaran guna bangunan sedia ada kepada RISI adalah tidak dibenarkan.

Komen MCCBCHST:
Kesekatan sama sekali, ia-itu "tidak dibenarkan", bagi penukaran guna bangunan sedia ada kepada RISI adalah terlalu ketara. Apa salahnya jika bangunan sedia ada dalam kawasan sesuai dibenarkan pertukaran guna kepada RISI. No.7 ini patut di-pinda dengan sewajarnya.

"No. 8 - Pengunaan Rumah kediaman sebagai RISI adalah tidak dibenarkan.” Korner, MCCBCHST:

Larangan sama sekali bagi rumah kediaman seperti diatas sepatutnya di-tarik balik dan kelulusan di-beri "on a case-by-case basis”. No.8 ini patut di-pinda dengan sewajarnya.

(iii) Muka Surat 52 GPPPKMS

Kediaman RISI di-kediaman bertingkat.

"1. Bagi Pembangunan kediaman bertingkat yang terletak dalam radius 500-meter hingga 1-kilometer daripada kawasan yang tidak mempunyai kemudahan RISI, digalakkan untuk menyediakan sebuah bilik meditasi atau ruang sembahyang dengan keluasan lantai sekurang-kurangnya 46.45 MP (500KP).

Korner, MCCBCHST:
Peruntukan (provision) ini "..digalakkan untuk menyediakan sebuah bilik mediasi atau ruang sembahyang dengan keluasan lantai sekurangnya 50 KP” akan membawa masalah.

Bantahan kepada peruntukan (Provision) ini ialah:
a. Bilik meditasi dan ruang sembayang mestilah berasingan.Tiap-tiap Agama mesti ada ruang Sembahyang berasingan.

b. Ruang sembahyang mestilah berlainan bagi tiap-tiap Agama oleh kerana tiap-tiap Agama ada menjalankan proses upacara sembahyang dan Kod Etika (Code of Conduct) adalah berlainan dimana tokong-tokong, bükü suci dan sebagainya adalah berlainan. Bilik tidak boleh sifat neutral jika untuk kegunaan Agama.

c. Ruang 500 KP adalah kecil oleh kerana jika ada upacara sembahyang banyak keluarga dan sahabat dari luar negeri akan hadir juga.

- "Penyediaan bagi Pembangunan yang melibatkan 5,000 penduduk atau 1,250-unit kediaman.”

Komen MCCBCHST:
Kemudahan hanya jika Pembangunan yang melibatkan 5,000 penduduk atau 1,250-unit kediaman adalah terlalu tinggi dan patutnya di-kurangkan kepada 1,500 penduduk atau 375-unit kediaman.

(iv) Had ketinggian (MS 52 GPPKMS)
Ketinggian "tidak boleh melebehi 72 Kaki atau melebehi ketinggian Masjid yang terletak di-kawasan bangunan yang sama atau berhampiran".

Komen MCCBCHST:
Syarat yang di-kenakan tentang ketinggian RISI iaitu tidak boleh melebehi 72 kaki di-ukur dari aras lantai tapak binaan patut di-semak semula. Jika ketinggian bangunan lain yang dikeliling, bangunan RISI adalah lebih tinggi dan dalam keadaan ini timbangan patut diberi jika RISI perlu ketinggian lebih kerana perlu patong, arca, menara yang lebih tinggi.

Berkaitan syarat bahawa RISI tidak boleh melebehi ketinggian Masjid, syarat ini akan bercanggah dengan Art. 3(1), Art. 8 dan Art. 1 1 Perlembagaan Persekutuan.

(v) Muka Surat 53 — Tempat letak kereta.
Peruntukan: "Tempat letak kereta berpusat hendaklah di-sediakan jenis RISI pada keluasan minima 10,000 kaki persegi."

Komen MCCBCHST:
Tapak minima bagi Tempat letak kereta hendaklah pada keluasan minima 15,000 kaki persegi oleh kerana setiap keluarga biasanya ada 2 atau lebih kereta bagi satu keluarga.

(vi) PLAN MALAYSIA telah sediakan GP 036 Tahun 2022.
a. Plan Malaysia telah adakan survey diseluruh Malaysia dalam tahun 2020/2021 dimana mereka telah pergi ke Sikh Gurdwaras, Hindu Temples, Churches, Taoist and Buddhist Temples dan mendapat feedback dan cadangan dari RISI. Apabila Plan Malaysia sediakan GP 026/2022 didapati oleh MCCBCHST bahawa lebih daripada separuh cadangan yang dibuat tidak di-masukan dalam PLAN MALAYSIA.
Sekarang Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat Negeri Selangor 2025 adalah ikuti Garis Panduan PLAN MALAYSIA 2022 dan oleh yang demikian tidak juga ada banyak cadangan yang dibuat oleh RISI dalam tahun 2020/2021 kepada PLAN MALAYSIA juga tidak dalam Garis Panduan Selangor 2025.

Cadangan MCCBCHST sekarang adalah seperti di-sebut di-Nombor i, ii, iii,l v & v di-atas. b. Garis Panduan Perancangan (GP 036-2022), M.S. 2:

Peruntukan keagamaan dalam Perlembagaan Persekutuan, "Perkara 3, Islam ialah Agama bagi Persekutuan."

Artikel 3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan:
"Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation." The expression 'Islam is the religion of the Federation' has been defined by the Federal Court in the leading case of Che Omar Bin Che Soh v. P.P. [1988] 2 MLJ55. [Judge Salleh Abas LP, Wan Sulaiman, seahl Hashim Yeop Sani and Syed Agil Barakbah SC JJ]. The Federal court in a unanimous decision held:

Held: (1) the term 'Islam' or 'Islamic religion' in Art-3 of the Federal Constitution in the context means only such acts as relate to rituals and ceremonies. This means that Islam as a way of life as is usually understood, is not the meaning of "Islam" in Article 3(1). The Federal Court makes it clear, that this is the Public aspect of 'Islam'. The Federal Court, "Thus, it can be seen that during the British Colonial period, through their system of indirect rule and establishment of secular institutions, Islamic law was rendered isolated in a narrow confinement of the law of marriage, divorce and inheritance only".

Ini bererti, "Islam is the religion of the Federation", dalam Art. 3(1) hanya bermakna "Islamic rituals and ceremonies". la tidak termasuk "Islam as a way of life"

Tambahan pula Artikel 3(4) peruntukan:
"Nothing in this Article derogates from any other provision of this Constitution."

Prof. Shad Salim Faruqi dalam bukunya: Document of Destiny — The Constitution of the Federation of Malaysia.

Muka surat 126 menyatakan tentang efek Art. 3(4):
This means no right or prohibition, no law or institution is extinguished or abolished as a result of Article 3's adoption of Islam as the religion of the Federation. This is what was held in Che Omar Che Soh. "

Ini bererti Artikel 3(4) menyatakan Artikel 3(1) tidak mengatasi lain-lain Artikel dalam Perlembagaan ia-itu dari Artikel(4) hingga tamat, ia-itu Artikel 181 . Jadi Soal Sembahyang, Masjid etc. tidak termasuk dalam Artikel 3(1) oleh kerana ia hanya meliputi Islamic Rituals and Ceremonies.

Memandang kepada di-atas semua Agama ada hak sama-rata seperti di-sebut dari Artikel 5 hingga Artikel 15.

MCCBCHST sedar bahawa Surau, Masjid ada diseluruh Negara dan kami sokongnya termasuk di-komersial lot dan Perindustrian lot dan kami menyokong ini. MCCBCHST pohon bahawa seperti Surau, lain-lain Agama juga dibenarkan adakan RISI di Kawasan Komersial dan Perindustrian.

 

Statement Signed by:

Venerable Seck Chaio Ying
President MCCBCHST
Vice President  – Malaysian Buddhist Association (MBA)
Bishop Dr. T. Jeyakumar
Deputy President, MCCBCHST
Exco Member Christian Federation of Malaysia (CFM)

 

Dao Zhang Tan Hoe Chieow
Vice President, MCCBCHST
President – Federation of Taoist Associations Malaysia (FTMS)
Sardar Jagir Singh
Vice President MCCBCHST
President - Malaysian Gurdwaras Council (MGC)

 

Datuk Mohan Shan
Vice President MCCBCHST
Vice President - Malaysia Hindu Sangam (MHS)
 

 

 

EN 



[ Back ] [ Print Friendly ]