Press Statements & Articles

GPP KEMUDAHAN - RIBI SELANGOR - PINDAAN JUN 2026

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat
Negeri Selangor, 2025 (Pindaan KM4-3: RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM)

KM4-3: RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM (PINDAAN JUN 2026)
 

For full details, you can download the document below
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat Negeri Selangor (Pindaan KM4-3: Rumah Ibadat Selain Islam, Jun 2026) - PDF 

 


CFM - Statement Selangor Revises Non-Islamic Houses of Worship Guidelines

 

 

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat Negeri Selangor, 2025 (Pindaan KM4-3: RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM) Garis Panduan dan Piawaian Perancangan KemudahanMasyarakat Negeri Selangor | Bahagian B | 1 KM4-3: RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM (PINDAAN JUN 2026) Kriteria Perincian 1.0 Tujuan Penambahbaikan Garis Panduan 1. Menjelaskan tanggungjawab secara ketara setiap pihak berkepentingan yang akan merujuk kepada Garis Panduan Perancangan (GPP); iaitu pihak pemaju, industri, institusi Rumah Ibadat Selain Islam (RISI), serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 2,. Menyediakan kerangka panduan perancangan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi teknikal berkaitan dalam merancang, menilai dan meluluskan penyediaan kemudahan rumah ibadat selain Islam. 3. Memperkukuh proses perancangan dan penyelarasan antara PBN, PBT, Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS), agensi berkaitan, pemaju dan perunding dalam meneliti dan memudahkan cadangan pembinaan ataupun penempatan semula Rumah Ibadat SelainIslam secara lebih terancang dan sistematik serta responsif terhadap konteks setempat dan keperluan komuniti. 2.0 Keperluan Penyediaan Tapak RISI oleh Pemaju 1. Pemaju perumahan dikehendaki menyerahkan semula tanah kepada Kerajaan sebagai syarat pelaksanaan pembangunan apabila projek pembangunan tersebut dimulakan. 2. Tadahan Penduduk 5,000 penduduk dikira berdasarkan purata 4 penghuni di setiap 1,250 unit rumah [Ini bagi memastikan kemudahan mempunyai bilangan pengguna yang mencukupi, mudah diakses oleh komuniti setempat, serta dapat beroperasi secara optimum tanpa menyebabkan pembaziran sumber dan penggunaan tanah]. 3. Anggaran keluasan keseluruhan kawasan pembangunan dianggarkan antara 10 hingga 25 hektar, bergantung kepada kepadatan pembangunan yang dicadangkan. Nota: i. Penyediaan tapak RISI baharu tidak memberi impak kepada kemudahan RISI yang sudahpun wujud berdekatan kawasan baharu. ii. Jumlah 5,000 penduduk merujuk kepada anggaran penghuni yang akan menduduki unit rumah baharu dan tidak membawa maksud jumlah penganut mana-mana agama. 2.1 Keluasan Tapak (Minimum) 1.50 ekar (0.61 hektar) bagisetiap1250unitrumah (Jumlahkeluasan1.50ekar(0.61hektar)untuksemuajenisRISIdanpenentuankeluasantapakmengikutagamaadalahtertaklukkepadaperakuanJawatankuasayangberkaitan(Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS). Nota: i. Keluasantapak1.50ekarmerujukkepadakeluasanminimayangperludisediakanolehpihakpemajuyangmembinakawasanbaharu,bukannyakeluasanmaksima.InituruttidakmenghalangpendirianRISIselaininidikawasanberhampiran. KM4-3: RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM …..sambungan


[ Back ] [ Print Friendly ]